Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya pada 6 Disember 2022. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Anwar, Ismail Sabri bertemu bincang isu semasa

KUALA LUMPUR, 6 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya.

Anwar berkata beliau menghargai kesudian bekas Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO itu untuk bertemu dan bertukar pandangan dengannya berkaitan pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau malam ini.

Beliau turut memuat naik sekeping foto yang diambil semasa pertemuan kedua-dua pemimpin.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 Nov selepas Pilihan Raya Umum ke-15 manakala Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri kesembilan.

— BERNAMA


Pengarang :