Pemain Agentina meraikan kejayaan menjadi juara Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis di Lusail Stadium, Qatar pada 18 Disember 2022. Foto Reuters
AGENDASUKANKINI

Argentina juara Piala Dunia 2022

SHAH ALAM, 19 DIS: Argentina menamatkan penantian 36 tahun untuk menjulang Piala Dunia buat kali ketiga apabila menewaskan juara bertahan, Perancis 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi penuh dramatik di Stadium Lusail berkesudahan 3-3, sebentar tadi.

Terdahulu, Argentina mendahului juara bertahan, Perancis 2-0 pada babak pertama menerusi sepakan penalti oleh Lionel Messi diikuti jaringan kedua pada minit ke-36 oleh Angel Di Maria..

Perancis terpaksa menunggu minit ke-80 untuk merapatkan kedudukan selepas Kylian Mbappe menyudahkan sepakan penalti. Mbappe berjaya meledak gol penyamaan hanya seminit kemudian, sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Messi kembali meletakkan Argentina di depan pada minit ke-109 dalam masa tambahan, sebelum Mbappe sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-118.

Bagaimanapun ketika penentuan sepakan penalti, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan trofi Piala Dunia 2022 menjadi milik Argentina


Pengarang :