Penduduk Sabri Sulaiman, 21, (depan) bersama rakannya Mohd Hirwan Rajiuon, 41, menunggang motosikal telah diubahsuai yang mampu meredah banjir ketika ditemui Bernama di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan pada 15 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Bah di Kelantan: TNB tutup bekalan elektrik 94 pencawang

KOTA BHARU, 19 DIS: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menutup sementara bekalan elektrik di 94 pencawang membabitkan jajahan Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas dan Pasir Puteh berikutan hujan lebat dan banjir.

Menurut kenyataan dalam laman Facebook TNB Careline hari ini, usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

“Kota Bharu membabitkan lima pencawang, Tanah Merah (8), Pasir Mas (59) dan Pasir Puteh (22),” menurut kenyataan itu.

TNB juga mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan hujan lebat dan keadaan berisiko banjir serta menjauhi pepasangan elektrik yang terendam banjir.

Menurut TNB penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang berkaitan jika banjir bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan bagi memastikan keselamatan pengguna setempat.

— BERNAMA

 


Pengarang :