Air Selangor giat melaksana kerja pembaikan paip pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam pada 29 Disember 2020. Foto Twitter Air Selangor
AGENSISELANGOR

Baik pulih paip pecah di Bukit Beruntung mulai 11 pagi

SHAH ALAM, 23 DIS: Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Beruntung, Hulu Selangor akan dilaksana segera mulai 11 pagi ini, kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Berikutan itu agensi menjangkakan 52 kawasan di Wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Agensi itu meminta pengguna merujuk saluran komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram atau hubungi talian 15300 untuk mendapatkan maklumat semasa.

Sebarang pertanyaan boleh diaju di laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Berikut merupakan kawasan terjejas:


Pengarang :