Beberapa kawasan dinaiki air ketika tinjauan dari udara di sekitar Kuala Telemung dan Bukit Tabor, Marang pada 19 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Banjir: 62 jalan di Terengganu ditutup kepada lalu lintas

SHAH ALAM, 20 DIS: Sebanyak 62 laluan di Terengganu ditutup kepada semua lalu lintas selepas ditenggelami air, susulan hujan berterusan sejak Ahad lalu.

Jalan di daerah Besut mencatat penutupan tertinggi menyebabkan daerah itu terputus hubungan antara Kelantan dan Kuala Terengganu, lapor Berita Harian.

Jabatan Kerja Raya memaklumkan sebanyak 11 jalan di daerah Hulu Terengganu juga ditutup selepas ditenggelami air antara 0.35m dan 700m, sehingga 8 pagi ini.

Beberapa jalan di daerah Dungun turut ditutup kepada semua lalu lintas selepas masing-masing ditenggelami air sedalam antara 0.80m dan 1.0m.

Sebelum ini, Selangorkini melaporkan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor meningkat kepada 63,415 orang susulan fenomena Monsun Timur Laut.

Terengganu paling teruk terjejas apabila 37,021 orang daripada 10,211 keluarga kini berteduh di 309 pusat pemindahan sementara (PPS).


Pengarang :