Keadaan banjir di kampung Janda Baik, Pahang pada pagi 11 Mei 2022. Foto Twitter Bencana 2022
AGENDANASIONAL

Banjir di Pahang pulih, pusat pemindahan sementara terakhir ditutup hari ini

KUANTAN, 17 DIS: Penutupan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri menandakan berakhirnya musibah banjir yang melanda Pahang sejak 8 Dis lalu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang, dalam kenyataan, memaklumkan PPS di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Sungai Miang, Pekan menjadi PPS terakhir ditutup pada jam 11 pagi tadi dengan kesemua 141 mangsa daripada 36 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Selain Pekan, daerah yang turut terjejas banjir di Pahang sejak minggu lepas ialah Raub, Lipis, Temerloh, Jerantut dan Bera.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dalam kenyataan, memaklumkan beberapa kawasan di Pahang berisiko banjir mulai malam esok atau lebih awal.

Antara kawasan yang dijangka banjir mulai 8 malam esok ialah Kampung Beralas, Kampung Gading, Jeram Bungor dan kawasan sekitarnya serta Kampung Merting, Kuala Tahan dan kawasan sekitarnya.

Sementara di Kampung g Seberang Guai, Jalan Kampung Durian, KampungBukit Imam Sulong dan kawasan sekitarnya serta Kampung Besol, Paya Gintong, Kampung Batu Kawah, Kampung Perian, Kampung Jeransang, Kampung Tanjung Betung, Kampung Rial, Kampung Tanah Nyior, Kampung Teh, Kampung Jerantut Feri dan kawasan sekitarnya mulai jam 8 pagi, Isnin ini.

– BERNAMA


Pengarang :