Foto Arkib Selangorkini
AGENDANASIONAL

Banjir Kelantan: Tiga beradik perempuan maut terkena renjatan di luar rumah

SHAH ALAM, 19 DIS: Tiga beradik perempuan maut, dipercayai terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, Tumpat, Kelantan pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi tadi, semua mangsa berusia antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi, lapor Harian Metro.

Sebelum kejadian, tiga beradik itu keluar di sekitar rumah mereka untuk melihat banjir.

Difahamkan, salah seorang mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena kepada dua lagi adiknya yang turut berada di hadapan rumah.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.

 


Pengarang :