Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj (kiri) mengiringi Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (kanan) menyampaikan komputer riba kepada M Shamilaa di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang.pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Bantuan komputer riba bantu pelajar B40, elak tercicir dalam pelajaran

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

KLANG, 22 DIS: Inisiatif sumbangan komputer riba oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada pelajar B40 boleh mengelak keciciran golongan itu dalam pelajaran.

Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunarajah berkata komputer riba sudah menjadi keperluan pelajar untuk pembelajaran termasuk kelas dalam talian.

“Sekarang ini semua pelajar perlukan komputer riba untuk kelas dalam talian, jika kurang mampu ada yang kita dengar terpaksa kongsi hingga empat orang satu telefon bimbit.

“Jadi saya ucap terima kasih kepada MBI kerana meluluskan permohonan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa kerana kebanyakan keluarga di sini adalah dari B40,” kata

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor (empat dari kanan) dan Ahli Dewan Negeri Dr G Gunaraj bergambar bersama penerima sumbangan komputer riba pada Majlis sumbangan komputer riba di Pusat Khidmat DUN Sentosa, Klang.pada 22 Disember 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan 16 unit komputer riba di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa hari ini. Majlis disempurnakan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, Ahmad Azri Zainal Nor.

Menurut Gunarajah lebih 300 permohonan komputer riba diterima dan pihaknya turut mendapat bantuan daripada pihak lain termasuk peniaga dan usahawan yang sudi menyumbang.

“Sebelum ini kita ada beri komputer meja kepada pelajar yang memohon. Di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa ada biro pendidikan yang akan menapis permohonan bagi memastikan mereka yang layak mendapat bantuan supaya tiada keciciran berlaku,” katanya.


Pengarang :