Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan ketika sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 19 Disember 2022. Foto Facebook Anwar Ibrahim
AGENDANASIONAL

Bantuan tunai rakyat diagih Januari, sembilan juta terima manfaat

SHAH ALAM, 20 DIS: Bantuan tunai rakyat yang dilaksana sebelum ini diteruskan dengan bayaran fasa pertama diawalkan pada Januari depan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran yang diawalkan berbanding Mac seperti dijadualkan bagi meringankan beban rakyat.

“Kita segerakan bantuan tunai ini dengan mengambil kira pertimbangan petani, nelayan dan pekebun kecil terutama di Terengganu dan Kelantan yang terpaksa menanggung kemelutan akibat banjir.

“Jadual bayaran fasa pertama bantuan diawalkan pada Januari berbanding Mac iaitu memanfaatkan seramai sembilan juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion melibatkan kadar RM300 seisi rumah dan RM100 bujang,” katanya.

Beliau berkata ketika membentang Rang Undang-Undang (RUU) Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Parlimen hari ini.


Pengarang :