Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Bekalan air di wilayah Hulu Selangor dijangka pulih sepenuhnya 8 malam ini

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 24 DIS: Status pemulihan bekalan air di wilayah Hulu Selangor susulan kejadian paip pecah di Jalan Bukit Beruntung mencapai 91 peratus setakat 12 tengah hari tadi.

Air Selangor memaklumkan bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya 8 malam ini dan tempoh masa pemulihan berbeza antara kawasan bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor ingin menyarankan pengguna yang telah dan akan mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan untuk kegunaan harian.

“Pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti yang dijadualkan,” maklumnya menerusi Facebook.


Pengarang :