Orang Besar Daerah Gombak Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Wan Mahmood Pa’Wan Teh (tengah) menanam anak pokok pada program Tanam 25,000 Pokok di Central Park Gamuda Gardens, Rawang pada 17 Disember 2022. Foto MPS
PBTSELANGOR

Beri kesedaran jaga alam sekitar, MPS anjur program tanam 25,000 pokok

Oleh SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 18 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menganjurkan program menanam 25,000 pokok di seluruh kawasan pentadbirannya semalam.

Yang Dipertuanya berkata program sempena ulang tahun ke-25 pihak berkuasa tempatan itu bertujuan memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar.

Yang Dipertua MPS Dato’ Mohd Yazid Sairi

“Kita tanam 50 pokok di sini dan selebihnya di 25 tapak termasuk satu kawasan pemaju Sime Darby (Elmina Business Park),” kata Dato’ Mohd Yazid Sairi.

Terdahulu, beliau menghadiri program Tanam 25,000 Pokok di Rawang. Majlis dirasmikan Orang Besar Daerah Gombak Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Wan Mahmood Pa’Wan Teh.

Dalam perkembangan lain, Mohd Yazid berkata program MPS lebih rancak tahun dengan jangkaan bajet keseluruhan lebih RM80 juta.

“Setiap tahun kita peruntuk lebih RM50 juta, tahun depan dengan kenaikan jumlah belanjawan, jangkaan lebih RM80 juta,” katanya lagi.


Pengarang :