Pemain Croatia meraikan kejayaan menewaskan Brazil dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, Doha, Qatar pada 9 Disember 2022. Foto REUTERS
AGENDASUKANKINI

Brazil tersingkir, Argentina mara ke separuh akhir Piala Dunia

SHAH ALAM, 10 DIS: Juara lima kali, Brazil gagal melangkah ke separuh akhir apabila tewas kepada Croatia 4-2 dalam penentuan sepakan penalti pada suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, Doha, Qatar malam tadi.

Perlawanan berlarutan ke masa tambahan selepas 90 minit permainan apabila kedua-dua pasukan gagal menermui sentuhan jaringan.

Neymar meletakkan Brazil di depan dengan gol pendahuluan pada lewat permainan masa tambahan namun kedudukan itu disamakan Bruno Petkovic menerusi serangan balas pada separuh masa kedua.

Keputusan kekal 1-1 yang memaksa pemenang ditentukan melalui sepakan penalti.

Dalam satu lagi perlawanan, Argentina layak ke separuh akhir menewaskan Belanda juga dalam penentuan sepakan penalti dengan 4-3 di Stadium Lusail, Lusail, Qatar.

Perlawanan suku akhir itu berlangsung seri dalam masa penuh dengan keputusan 2-2.

Argentina mendahului menerusi Nahuel Molina dan jaringan penalti ketua pasukan Lionel Messi tetapi kelebihan itu dipadam pemain Belanda Wout Weghorst yang membalas dengan dua gol di penghujung perlawanan.

Permainan bersambung dalam masa tambahan namun keputusan kekal yang memaksa sepakan penalti dijalankan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan dari Amerika Latin itu.


Pengarang :