Lokasi tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan Father’s Organic Farm Batang Kali pada 16 Disember 2022. Foto BERNAMA
SELANGOR

Bukit Antarabangsa antara lima lokasi berisiko tanah runtuh di Selangor

SHAH ALAM, 19 DIS: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) menyenaraikan lima lokasi berisiko tanah runtuh di Selangor.

Lima kawasan tersebut ialah Bukit Antarabangsa; Kuala Kubu Baru; Jalan Kuala Kubu-Raub; Sungai Buloh dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

Agensi berkenaan turut menyenaraikan 26 lagi lokasi berisiko tanah runtuh di seluruh negara kecuali Perlis.

“Mesti cakna dan laporkan jika ada kecemasan,” katanya di Facebook.

Jumaat lalu, tapak perkhemahan di Jalan Genting-Batang Kali di Batang Kali musnah dalam tragedi runtuhan tanah kira-kira jam 2.42 pagi.

Setakat semalam, seramai 24 mangsa disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi itu, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.


Pengarang :