Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan asas pada harga murah ketika program Jualan Prihatin Rakyat DUN Kota Damansara di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),Petaling Jaya pada 4 September 2022.Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Bukit Changgang, Taman Sri Manja antara sembilan lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 4 DIS: Jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat diadakan Puteri Central Park bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang, Dataran Gedangsa (DUN Hulu Bernam) dan Jalan Pandan Indah 4/11A (DUN Pandan Indah).

Lokasi lain ialah Jalan TPP Sri Puchong (DUN Kinrara), Dewan Masyarakat Taman Sri Manja (DUN Taman Medan) dan Balai MPKK Kampung Kampar (DUN Sementa).

Tiga lagi lokasi ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir dan Dewan Orang Ramai Bukit Changgang (DUN Dengkil) dan Taman Desa Vista (DUN Sungai Pelek)

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menguruskan jualan murah berkenaan menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Program yang berlangsung di 56 DUN dimulakan sejak 6 September lepas sepatutnya berakhir 6 Disember ini, namun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif itu disambung hingga Mac tahun depan susulan sambutan menggalakkan.


Pengarang :