Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kanan) mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 27 November 2022. Foto Facebook BERNAMA
AGENDANASIONAL

Cabutan khas judi dikurang dari 22 kepada lapan kali mulai Januari

SHAH ALAM, 5 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kekerapan cabutan khas nombor ramalan dikurangkan kepada lapan kali berbanding 22 kali setahun yang diluluskan sebelum ini.

“Kita tidak ada kecenderungan mengutip dana haram, jadi hari saya ini saya sebagai Menteri Kewangan membatalkan keputusan cabutan khas perjudian,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama Kabinet Kerajaan Perpaduan di sini hari ini.

Pada Sept 2021, kerajaan ketika itu meluluskan kekerapan cabutan khas nombor ramalan dari lapan kali kepada 22 kali.

-BERNAMA


Pengarang :