Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Foto Facebook MSWP
EXCO SELANGOR

Cadangan tambah hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor akan dibawa ke JKSM

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

HULU LANGAT, 3 DIS: Kerajaan Negeri sedang memperhalusi cadangan untuk menambah perjawatan hakim di Mahkamah Tinggi Syariah bagi memperluaskan lagi operasi dan pengendalian institusi itu di beberapa daerah di negeri ini pada masa akan datang.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam berkata cadangan itu sedang diperhalusi berdasarkan kepada keperluan semasa kerana banyak kes tertangguh disebabkan kekurangan pengamal yang dapat mengendalikan kes.

“Kita akan jumpa dengan JKSM (Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia) untuk isu ini diangkat menjadi isu utama dalam memartabatkan Akta 355.

“Setakat ini ada lima Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Selangor tetapi mengikut keperluan sekurang-kurangnya perlu satu di setiap daerah,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zawawi merasmikan Kolokium Prospek Kerjaya Dalam Bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi di Selangor 2022 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi berharap dengan pelantikan Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang berlatar belakang undang-undang sebagai Menteri Agama semalam, beliau percaya isu-isu tertunda termasuk berkaitan syariah dapat dirungkai dan diselesaikan segera.


Pengarang :