Petugas kesihatan bersedia untuk memberikan suntikan dos penggalak kepada penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 15 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Kes di China melonjak, KKM saran ambil dos penggalak

SHAH ALAM, 29 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan orang ramai mengambil dos penggalak vaksin Covid-19 berikutan wabak itu kembali mengganas di China.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata saranan itu sebagai langkah bersiap siaga khasnya untuk petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi, lapor Berita Harian.

“Melihat kepada perkembangan terkini di China, KKM menyarankan kepada semua untuk mendapatkan dos penggalak vaksin terutama barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi.

“Walaupun kes dalam negara masih terkawal dan menurun, kita perlu mengambil tindakan bersiap siaga,” katanya mengulas perkara itu susulan peningkatan kes di China.

Sebelum ini, media melaporkan wilayah Zhejiang merekodkan sejuta kes baharu Covid-19 setiap hari dan dijangka meningkat sehingga dua kali ganda beberapa hari lagi.


Pengarang :