Pemain Croatia meraikan kejayaan menewaskan Brazil dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2022 di Stadium Education City, Doha, Qatar pada 9 Disember 2022. Foto REUTERS
AGENDAGLOBAL

Croatia tempat ketiga Piala Dunia Qatar

DOHA, 18 DIS: Croatia mengungguli tempat ketiga dalam Piala Dunia Qatar dengan kemenangan 2-1 ke atas Maghribi di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu, lapor Xinhua.

Pasukan kendalian Zlatko Dalic mengulangi sejarah di tempat ketiga pada 1998 ketika perlawanan Piala Dunia berlangsung di Perancis.

Josko Gvardiol meletakkan Croatia di hadapan menerusi tandukan pada minit ketujuh manakala Achraf Dari dari Maghribi berjaya menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Mislav Orsic meletakkan Croatia kembali di hadapan pada penghujung babak pertama dengan sepakan ke penjuru gawang.

Croatia mempertahankan kelebihan itu tanpa jaringan tambahan pada babak kedua.

– BERNAMA


Pengarang :