Ahmad Azfar Azraie memenangi pertandingan Musabaqah Tilawah al-Quran Mazamir Dawud Edisi Ke-7 kategori bawah 15 tahun yang berlangsung di Algeria baru-baru ini. Foto Facebook Jakim
AGENDANASIONAL

Cucu pemenang tilawah al-Quran antarabangsa juarai pertandingan di Algeria

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 30 DIS: Qari cilik dari Melaka muncul juara Musabaqah Tilawah al-Quran Mazamir Dawud Edisi Ke-7 kategori bawah 15 tahun yang berlangsung di Algeria.

Ahmad Azfar Azraie, 10, yang juga cucu johan empat kali tilawah al-Quran peringkat antarabangsa, Datuk Abdul Hak Abdullah menceburkan diri dalam tilawah sejak berusia empat tahun, lapor Harian Metro.

“Sejak umur empat tahun lagi, selepas solat Maghrib saya mempelajari dan melagukan al-Quran daripada ayah, ibu dan adik beradik yang lain.

“Apabila memasuki alam persekolahan pula, pada sebelah siang, saya lebih fokuskan pada ilmu akademik dan mendalami al-Quran selepas solat Maghrib,” katanya.

Bapa Ahmad Azfar, Azraie Abdul Hak, 42, dan ibunya, Sarrul Munirah Haris, 39, pernah muncul juara tilawah al-Quran di peringkat antarabangsa pada 2018 dan 2014.


Pengarang :