Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp International Mohd Azmil Abd Shukor berucap ketika Majlis Perasmian Pusat Beli Belah Datum Jelatek di Jalan Jelatek, Ampang Jaya pada 10 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

DCI cipta rekod MBOR, pasang bendera Selangor terpanjang di jejantas udara

Oleh AZIAN AZIZ

AMPANG, 11 DIS: DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) bagi pemasangan bendera Selangor terpanjang berukuran 45.4 meter (m) di jejantas udara Datum Jelatek, Jumaat lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DCI Mohd Azmil Abd Shukor, sejarah dicipta itu sebagai meraikan hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang disambut hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp International Mohd Azmil Abd Shukor bersama sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records. Foto Facebook DATUM JELATEK

“Ia juga sebagai tanda kesetiaan dan penghargaan pengurusan serta warga kerja DCI kepada Sultan Selangor dan negeri ini,” katanya.

Mohd Azmil berkata DCI juga menerima pengiktirafan MBOR bagi pemasangan Jalur Gemilang terpanjang iaitu 44.1m di jejantas udara Datum Jelatek sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.

DCI merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Syarikat tersebut membangunkan keseluruhan Datum Jelatek merangkumi empat blok pangsapuri yang dihubungkan oleh jejantas udara dan pusat beli belah.


Pengarang :