ADNSELANGOR

DUN Taman Templer buka penyertaan 100 kanak-kanak sertai program khatan perdana

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 14 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer membuka penyertaan kepada 100 kanak-kanak dalam program khatan perdana pada 26 Disember ini.

Wakil rakyatnya berkata program itu dirangka khusus untuk kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer membuka penyertaan terhad untuk 100 peserta berusia lima tahun ke atas sahaja.

“Yuran penyertaan adalah RM140 namun peserta hanya bayar RM60 manakala baki RM80 ditaja Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer,” kata Mohd Sany Hamzan di Facebook.

Poster program khatan perdana yang dianjurkan DUN Taman Templer pada 26 Disember ini. Foto Facebook Mohd Sany Hamzan

Beliau berkata inisiatif itu juga melibatkan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Selayang serta Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) Al-Furqan Bandar Baru Selayang.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer sehingga 20 Disember ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi En Azri melalui Whatapps di  017-8859182.


Pengarang :