Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) diiringi EXCO Sukan Mohd Khairudin Othman dan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan meninjau kemudahan Padang Sintetik Seksyen 28, Shah Alam pada 3 Disember 2022. Foto Facebook Selangor FC
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

DYTM Raja Muda Selangor berkenan rasmi Padang Bola Sintetik Seksyen 28

SHAH ALAM, 4 DIS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor berkenan merasmikan Padang Bola Sintetik Seksyen 28 di sini sempena Karnival Sekolah Bola Sepak Selangor FC 2022, semalam.

Keberangkatan tiba Tengku Amir Shah disambut EXCO Sukan Mohd Khairudin Othman dan Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Mohd Rashidi Ruslan.

Baginda turut menyerahkan cenderamata penghargaan kepada penaja dan rakan rasmi Sekolah Bola Sepak Selangor FC.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) berkenan merasmikan Padang Sintetik Seksyen 28, Shah Alam sempena Karnival Sekolah Bola Sepak Selangor FC pada 3 Disember 2022. Foto Facebook Selangor FC

Projek menaik taraf padang bola berkenaan merupakan inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi meningkatkan kualiti kemudahan sukan dan rekreasi untuk komuniti setempat.

“Padang bola ini dibina mengikut kualiti padang sintetik yang diiktiraf Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA),” maklum pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bergambar bersama peserta Karnival Sekolah Bola Sepak Selangor FC di Padang Sintetik Seksyen 28, Shah Alam pada 3 Disember 2022. Foto Facebook Selangor FC

Pengarang :