AGENDANASIONAL

Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 3 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan empat daerah sehingga 12 tengah hari ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.

Manakala Perak pula di Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :