Pasukan mencari dan penyelamat menjumpai empat lagi mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya pada 22 Disember 2022. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Empat lagi mangsa tragedi tanah runtuh ditemukan pagi ini

SHAH ALAM, 22 DIS: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjumpai empat lagi mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor pagi ini.

Menurut Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, mayat mangsa ditemukan jam 10.39 pagi tadi membabitkan dua kanak-kanak dan dua dewasa.

“Pencarian masih diteruskan untuk mengesan tiga mangsa yang tidak ditemui lagi,” kata agensi itu.

Tragedi berhampiran Father’s Organic Farm, Jalan Genting pada 16 Disember menyaksikan 61 daripada 94 mangsa selamat, 30 terkorban dan tiga lagi masih hilang.

Pada 18 Disember, Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam dapatan awalnya mendapati dua runtuhan cerun berlaku dalam tempoh 20 hingga 30 minit di lokasi kejadian.

 

 

 


Pengarang :