AGENDANASIONAL

Enam daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 22 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam daerah di Selangor sehingga 10 pagi ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan daerah tersebut adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Keadaan sama turut dijangka di seluruh Putrajaya, Melaka dan Labuan.

Manakala Perak di Keri9an, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak; Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).

Sarawak pula melibatkan Miri (Miri) serta Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kot Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :