Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Elak sakiti diri sendiri, hubungi talian SEHAT kongsi masalah

SHAH ALAM, 11 DIS : Individu yang sering menyakiti diri sendiri (self harm) disebabkan tekanan dinasihat menghubungi talian Selangor Mental Sihat (SEHAT) untuk meluahkan masalah.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata menerusi talian itu pesakit boleh mendapat bantuan dan meluahkan masalah kepada kaunselor bertauliah.

“‘Self harm’ adalah apabila anda menyakiti diri sendiri sebagai cara menangani perasaan yang sangat sukar, kenangan yang menyakitkan atau situasi dan melepaskan tekanan di dalam diri.

“Jangan ambil mudah! Kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah. Kami sedia mendengar,” katanya menerusi Facebook.

Kaunselor SEHAT boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 dan 1700-82-7537 selain aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari http://www.drsitimariah.com/sehat .

Sejak diwujudkan Jun lalu, lebih 300 individu menghubungi Talian SEHAT untuk berkongsi masalah dan meminta pandangan kaunselor bertauliah sepanjang tahun ini.

Daripada jumlah itu kebanyakan individu yang mendapatkan perkhidmatan tersebut mempunyai masalah tempat kerja, rumah tangga dan keadaan sekeliling.


Pengarang :