EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berucap merasmikan Kejohanan Piala Budak Kampung di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam pada 27 Ogos 2022. Foto Ihsan Pejabat EXCO Sukan
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: MSN dan universiti meterai persefahaman, galak atlet lanjut pengajian

SHAH ALAM, 2 DIS : Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) mengikat persefahaman dengan beberapa universiti awam dan swasta bagi pendidikan dan pembangunan karier atlet negeri.

EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata universiti terbabit adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Management and Science University (MSU) dan Open University.

“Melalui persefahaman ini atlet Selangor berpeluang untuk menyambung pelajaran walaupun mempunyai kelayakan yang paling minima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penggulungan Belanjawan Selangor 2023 pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Menurutnya, MSN turut merancang untuk memberi panduan kepada atlet Selangor yang akan memasuki alam pekerjaan terutama dalam bidang kejurulatihan mengikut Seksyen Pendidikan dan Kebajikan Atlet.

“Antaranya adalah dengan mendedahkan mereka kepada kursus sains sukan dan spesifik sukan yang mana untuk menjadi jurulatih, mereka perlu mengambil kursus ini secara berasingan.

“MSN akan bekerjasama dengan Akademi Kejurulatihan Kebangsaan untuk membantu atlet menjadi jurulatih,” katanya.


Pengarang :