EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika berucap merasmikan Kolokium Prospek Kerjaya Dalam Bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi di Selangor 2022 di Hotel Tenera, Bangi pada 3 Disember 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: Pendedahan awal bantu mahasiswa mahir perundangan syariah

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

HULU LANGAT, 4 DIS: Pendedahan awal mengenai perundangan dan kehakiman syariah kepada mahasiswa adalah penting bagi memberi kefahaman lebih jelas, kata EXCO hal ehawal agama Islam.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pencerahan mengenai isu tersebut kepada golongan berkaitan perlu supaya membantu mereka menyalurkan maklumat tepat kepada masyarakat.

“Contohnya isu berkaitan perceraian dan tuntutan selepasnya memandangkan ia sering menjadi perbualan dalam kalangan orang ramai dan menjadi isu nasional.

“Pencerahan ini akan memberi kefahaman betul dan tepat kepada pelajar berhubung hak diperuntukkan oleh undang-undang keluarga Islam di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kolokium Prospek Kerjaya Dalam Bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi di Selangor 2022 semalam.

Katanya, seawal peringkat pengajian mahasiswa seharusnya memahami skop bidang pengajian dan diselarikan dengan keperluan apabila melangkah ke alam pekerjaan.

“Mahasiswa juga perlu menyediakan diri dengan kemahiran perlu apabila memasuki ekosistem perundangan Syariah pada masa akan datang,” katanya.


Pengarang :