EXCO Pembangunan Wanita Dr Siti Mariah Mahmud berucap di Selangor Health Partnership Program (Selhep) 2022 pada 24 November 2022 di Ispace Plaza VADS, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

EXCO: Permohonan Geran Rumah Perlindungan WBS dibuka hingga 31 Disember

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 25 DIS: Permohonan Geran Rumah Perlindungan di bawah Wanita Berdaya Selangor (WBS) dibuka sehingga 31 Disember ini.

EXCO pembangunan wanita dan keluarga berkata geran berkenaan adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu serta menambahbaik rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak.

“Ia bagi memastikan keselamatan golongan wanita dan kanak-kanak yang terlibat dengan isu keganasan rumah tangga dan keganasan berasaskan gender dijaga.

“Borang permohonan dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang WBS, https://bit.ly/3YzhPs5,” kata Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Pemberian peruntukan kepada rumah perlindungan sedia ada itu antaranya bertujuan menambahbaik fasiliti dalam premis atau perkhidmatan berkaitan serta pembelian aset untuk kemudahan penghuni rumah perlindungan.

Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk program latihan kepada tenaga kerja rumah perlindungan bagi mengendalikan isu keganasan rumah tangga selain membina kapasiti dan kemahiran pemandiri agar mereka berupaya memberdaya diri setelah keluar dari rumah perlindungan.


Pengarang :