EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni ketika berucap merasmikan Kolokium Prospek Kerjaya Dalam Bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi Selangor 2022 di Hotel Tenera, Bangi pada 3 Disember 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: Selangor antara negeri perintis laksana perundangan syariah

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

HULU LANGAT, 3 DIS: Selangor muncul antara negeri terawal dalam melaksanakan bidang perundangan syariah, kata EXCO hal ehwal agama Islam.

Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata perkembangan itu membabitkan pelbagai aspek termasuklah pemantapan dan pemerkasaan enakmen.

“Di Selangor kita telah beberapa kali membuat pindaan enakmen undang-undang Islam dan pemantapan untuk enakmen ini nampaknya semakin baik serta maklum balas daripada pengamal perundangan dan ahli akademik penting untuk kita mantapkan enakmen syariah negeri Selangor.

“Pemantapan dan pemerkasaan enakmen perundangan syariah negeri Selangor ini sudah hampir jauh ke hadapan dan akan datang ada pindaan enakmen berkenaan halal.

“Sebelum ini enakmen itu (halal) hanya satu perenggan saja sekarang sudah diperincikan hampir empat muka surat supaya pengamal undang-undang nanti ada rujukan,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Kolokium Prospek Kerjaya Dalam Bidang Perundangan dan Kehakiman Syariah bersama Pelajar Institut Pengajian Tinggi di Selangor 2022 hari ini.

Katanya, keperluan untuk bidang syariah semakin tinggi dan ia memerlukan orang berilmu, berwibawa dan ada karisma pegawai undang-undang untuk bawa isu berkaitan perundangan syariah.


Pengarang :