Pandangan umum semasa majlis penutup Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Qatar pada 18 Disember 2022. Foto REUTERS
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Fakta menarik Piala Dunia 2022, rekod individu dan pasukan

SHAH ALAM, 23 DIS: Piala Dunia 2022 melabuhkan tirai pada 18 Disember dengan Argentina melakar kejuaraan ketiga selepas menundukkan Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti.

Perlawanan akhir edisi ke-22 dianggap paling dramatik apabila Perancis dua kali bangkit dan mengikat Argentina 3-3 selepas masa tambahan.

Maghribi pula mencatat sejarah apabila muncul pasukan benua Afrika pertama layak ke separuh akhir sebelum tumpas di tangan Perancis 0-2. Croatia pula tempat ketiga selepas menewaskan Maghribi 2-1.

Wartawan NAZLI IBRAHIM menyusun fakta menarik dalam kejohanan yang berlangsung di Qatar.


Anugerah individu

■ penjaring terbanyak: Kylian Mbappe 8 gol (Perancis)
■ pemain terbaik: Lionel Messi (Argentina)
■ penjaga gol terbaik: Emiliano Martinez (Argentina)
■ pemain muda terbaik: Enzo Fernandez (Argentina)
■ FIFA fair play (permainan paling bersih): England

Pemenang pemain muda terbaik Enzo Fernandez (kiri), pemain terbaik Lionel Messi (dua, kiri), penjaga gol terbaik Emiliano Martinez (dua, kanan) dan penjaring terbanyak Kylian Mbappe (kanan) bergambar dengan trofi masing-masing selepas tamat perlawanan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar pada 18 Disember 2022. Foto REUTERS

Pasukan perlawanan akhir

■ Brazil pegang rekod sebanyak tujuh kali (lima kali juara)
■ Perancis empat kali (dua kali juara)
■ Argentina lima kali (tiga kali juara)

Jaringan

■ 172 gol dalam 64 perlawanan (purata 2.68 gol), terbanyak sepanjang penganjuran
■ rekod sebelum ini: 171 gol (Perancis 1998 dan Brazil 2014)
■ Perancis mencatat jaringan terbanyak dengan 16 gol, diikuti Argentina 15 gol
■ ketiga terbanyak, England (13 gol) dan keempat Portugal (12 gol)
■ kemenangan terbesar: Sepanyol lawan Costa Rica (7-0)
■ pasukan jaringan paling sedikit: Qatar, Wales dan Denmark (satu gol)
■ gawang paling banyak bolos: Costa Rica (11 kali)
■ pasukan tewas semua perlawanan: Qatar dan Kanada

Hatrik perlawanan akhir

■ selepas 56 tahun, Mbappe pemain kedua catat hatrik
■ hatrik pertama dilakukan pemain England Geoff Hurst pada edisi 1966 menentang Jerman Barat (England menang 4-2)
■ hatrik Mbappe merupakan kali ke-53 dalam Piala Dunia dan pemain ke-50 melakukannya
■ selain Mbappe, hatrik pertama dihasilkan pemain Portugal Goncalo Ramos ketika menentang Switzerland pada pusingan kalah-mati

Pemain Argentina Lionel Messi (tengah) menjulang trofi Piala Dunia 2022 di samping pasukannya bagi meraikan kemenangan dalam perlawan akhir di Qatar pada 18 Disember 2022. Foto REUTERS

Penjaring dua gol perlawanan akhir

■ Messi pemain kesembilan menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir
■ rekod sama dilakar Ronaldo (Brazil – 2002), Zinedine Zidane (Perancis – 1998), Mario Kempes (Argentina -1978), Pele (Brazil – 1958), Vava (Brazil – 1958), Helmut Rahn (Jerman Barat – 1954), Gino Colaussi (Italy – 1938) dan Silvio Piola (Italy – 1938)

Kuasa Asia

■ Jepun mara ke pusingan kalah-mati selepas menjuarai kumpulan E, mengatasi Sepanyol, Jerman dan Costa Rica
■ Korea Selatan ke pusingan kalah-mati apabila menduduki tangga kedua kumpulan H
■ kemenangan bermakna pasukan Asia:
Arab Saudi 2-1 Argentina
Jepun 2-1 Jerman
Iran 2-0 Wales
Jepun 2-1 Sepanyol
Korea Selatan 2-1 Portugal


Pengarang :