BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Fiesta PLATS ruang usahawan perluas pasaran, dirancang jadi acara tahunan

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 4 DIS: Fiesta Platform Selangor (PLATS) yang diadakan kali pertama di negeri ini dijangka akan menjadi acara tahunan yang ditunggu-tunggu orang ramai khususnya usahawan.

Exco Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata program diadakan bermula 3 hingga 4 Disember bukti kejayaan Kerajaan Negeri membantu peniaga dan peruncit yang menyertai platform direktori digital itu.

“Kita sebenarnya telah bangunkan komuniti usahawan yang ramai dan nak tunjukkan ini adalah bukti kejayaan Kerajaan Negeri. Kita mahu ia jadi motivasi kepada golongan itu dan beri input positif apa lagi boleh kita laksanakan untuk mereka.

“Kita mahu peniaga ambil kesempatan jadi duta dan bukti kejayaan pembangunan usahawan dan ekonomi negeri. Jangan ada yang ketinggalan.

“Ia juga bantu perkenalkan produk jualan dengan lebih meluas bukan sekadar jadi jaguh kampung,” katanya.

Beliau ditemui selepas perasmian Fiesta PLATS sempena Karnival Usahawan Selangor (KAWAN) 2022 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam semalam.

Rodziah turut mengesyorkan agar PLATS membangunkan aplikasi khusus dan menjalin kerjasama dengan pemain e-dagang seperti Shopee dan Wavpay bagi memudahkan pengguna membuat pesanan terus kepada peniaga berdaftar di bawah PLATS.


Pengarang :