Mahkamah Telok Datok di Banting. Foto Majlis Perbandaran Kuala Langat
PBTSELANGOR

Gagal lunas puluhan tunggakan kompaun, pemilik bas diarah bayar RM1,900

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 DIS: Seorang pemilik syarikat pengangkutan dihadapkan ke Mahkamah Telok Datok, Banting semalam berikutan gagal melunaskan 29 tunggakan kompaun.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan tertuduh berusia 50 tahun didakwa kerana meletakkan bas di bahu jalan dalam kawasan perumahan di Taman Yayasan Jenjarom, tahun lalu.

“Tertuduh yang dikenakan waran tangkap pada 14 November hadir tanpa peguam mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairul Fahri Yusob,” katanya di Facebook.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, tertuduh didenda RM700 atau satu bulan penjara dan membayar denda tersebut serta tunggakan kompaun bernilai RM1,200.

Kesalahan bawah Peruntukan Undang-Undang Kecil 7(1), Undang-Undang Kecil Taman MDKL 2005 dengan pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa MPKL Hasrizal Abd Rahim.


Pengarang :