Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menyampaikan kuliah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 31 Disember 2022 menggantikan acara sambutan tahun baharu 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ganti sambutan tahun baharu, 1,000 jemaah ikuti kuliah Ustaz Don Daniyal

SHAH ALAM, 31 DIS: Hampir 1,000 jemaah menghadiri kuliah maghrib khas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi menggantikan acara sambutan tahun baharu 2023.

Kuliah bertajuk ‘Demi Masa’ yang disampaikan pendakwah terkenal juga ikon mahabbah Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang disertai hampir 1,000 jemaah.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan acara sambutan tahun baharu dibatalkan demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan musibah banjir dan tanah runtuh.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri juga tidak menganjurkan sambutan tahun baharu 2022 selepas banjir besar melanda negeri ini pada Disember 2021 dan diganti dengan majlis tahlil, doa selamat dan zikir munajat.

Sambutan tahun baharu 2023 peringkat persekutuan yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka turut dibatal susulan tragedi tanah runtuh di Batang Kali dan musibah banjir yang melanda beberapa negeri.


Pengarang :