EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han menjawab soalan ketika sidang Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 1 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Hampir 30 peratus wanita dilantik ahli majlis PBT

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 30 DIS: Seramai 272 ahli majlis 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dilantik, 28 peratus atau 76 orang daripadanya wanita.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han menjelaskan pelantikan mereka berkuat kuasa mulai 1 Januari selama setahun.

“Seramai 75 orang merupakan lantikan baharu dengan 26 daripadanya wanita dan 15 golongan belia bawah 35 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seramai 53 orang atau 19 peratus daripada lantikan yang diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 14 Disember dari kalangan belia.

Pelantikan itu susulan penamatan khidmat ahli majlis PBT bagi penggal 2020-2022 pada 31 Disember 2022.


Pengarang :