AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-77: MB, EXCO menjunjung kasih

SHAH ALAM, 11 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjunjung kasih kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah Alhaj sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-77 hari ini.

Turut berbuat demikian Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kassim, Penasihat Undang-Undang Negeri Dato’ Salim Soib @ Hamid dan Pegawai Kewangan Negeri Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Ng Suee Lim, semua EXCO Kerajaan Negeri dan Ketua Pembangkang DNS Rizam Ismail juga tidak ketinggalan.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melakukan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama Tentera Laut Diraja Malaysia ketika Istiadat Pemeriksaan Kehormatan Utama sempena Hari Keputeraan ke-77 DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Berikutan ucapan pemimpin berkenaan:

Patik yang mewakili rakyat jelata, kepimpinan serta barisan penjawat awam pentadbiran Kerajaan Negeri, merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah buat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya bersempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku ke-77.

Patik berdoa ke hadrat Ilahi, semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku dilanjutkan usia dan senantiasa berada dalam limpahan rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Patik dan seluruh rakyat jelata amat bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi izin oleh-Nya untuk dinaungi kedaulatan Tuanku Sultan. Patik-patik sekalian senantiasa mendoakan agar Tuanku dan DYMM Tengku Permaisuri serta kerabat dikurnia dan dilimpahi rahmat, keberkatan, kemuliaan, keafiatan serta dipelihara keselamatan yang baik hendaknya.

Doa sekalian rakyat juga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT untuk Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan seterusnya kepada puteri-puteri dan adinda-adinda tuanku, waris-waris serta kerabat diraja sekalian, semoga berada dalam keadaan kesejahteraan, dikurniakan taufik dan hidayah oleh Allah SWT.

Dato’ Seri Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar

Daulat Tuanku
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Hari Keputeraan ke-77
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj

Patik merakamkan doa ke hadrat Allah agar Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor serta semua anggota kerabat Tuanku berada dalam keadaan sihat, selamat dan sejahtera. Sesungguhnya penjawat awam di Selangor menyanjung tinggi dan menyayangi Tuanku

Dato’ Haris Kasim
Setiausaha Kerajaan Negeri

Patik dan seluruh warga kamar penasihat undang-undang negeri merafak sembah setinggi-tinggi tahniah serta ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan. Semoga Allah SWT melanjutkan usia, melimpahi maghfirah dan memberkati pemerintah berjiwa rakyat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Dato’ Salim Soib @ Hamid
Penasihat Undang-Undang Negeri

Patik sekalian merafak sembah, menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi tahniah atas sambutan keputeraan Tuanku yang ke-77. Semoga Tuanku diberikan kesejahteraan dan sentiasa dalam peliharaan Allah SWT jua agar segala urusan dipermudahkan demi kepentingan rakyat. Daulat Tuanku

Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin
Pegawai Kewangan Negeri

Patik merafak sembah sempena ulang tahun keputeraan Tuanku. Ketegasan Tuanku dalam memberi nasihat, teguran kepada pimpinan negeri demi memastikan Selangor terus maju dan sejahtera adalah acuan bagi kejayaan buat negeri yang bertuah ini

Ng Suee Lim
Speaker Dewan Negeri Selangor

Patik merafak sembah mendoakan Tuanku dilimpahkan rahmat serta sentiasa diberi kesihatan juga kesejahteraan. Semoga Allah memberkati dan merahmati pemerintahan berjiwa rakyat Baginda Tuanku Sultan Selangor. Daulat Tuanku

Datuk Rizam Ismail
Ketua Pembangkang

Patik menjunjung kasih atas ulang tahun keputeraan Tuanku, Selangor telah mencapai pembangunan ekonomi yang menggalakkan sepanjang tempoh di bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Dato’ Teng Chang Khim
EXCO Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana

Sempena ulang tahun keputeraan Sultan Selangor yang ke-77, patik menjunjung kasih merafak sembah memanjatkan doa agar Duli Tuanku dan keluarga sentiasa dalam lindungan keredaan keberkatan Allah, dimewahkan rahmat, rezeki serta dikurniakan kesihatan

Rodziah Ismail
EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan

Patik sekalian mendoakan semoga Tuanku dianugerahkan kekuatan dan keberkatan untuk terus bersemayam di atas singgahsana takhta pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan serta keluarga berada dalam kebahagiaan. Daulat Tuanku

Ganabatirau Veraman
EXCO Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin

Dengan hormat dan penuh takzim, patik merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah buat Tuanku bersempena ulang tahun keputeraan Tuanku ke-77. Semoga budi yang disemai Tuanku diberkati Allah dan jasa Tuanku kepada negeri bertuah ini menjadi kenangan abadi. Daulat Tuanku

Ir Izham Hashim
EXCO Infrastruktur dan Pertanian

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena ulang tahun keputeraan yang ke-77. Semoga dipanjangkan usia Tuanku di dalam keadaan sihat sejahtera. Patik berdoa semoga Tuhan memberkati pemerintahan berjiwa rakyat Tuanku kepada negeri bertuah dan sejahtera ini. Daulat Tuanku

Ng Sze Han
EXCO Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam

Patik mewakili seluruh rakyat merafak sembah taat setia dan menjunjung kasih tahniah buat Tuanku. Patik dan seluruh rakyat jelata memanjatkan puji dan syukur kepada Allah untuk dinaungi kedaulatan dan kesejahteraan serta pemerintahan Tuanku yang penuh rahmah

Dr Siti Mariah Mahmud
EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga

Dirgahayu, semoga berkat limpah kurniaan Tuanku, Selangor terus maju pesat membangun dan rakyat terus sepakat membawa berkat daulat Tuanku. Semoga segala usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan Tuanku akan memperoleh kejayaan. Semoga segala urusan dipermudahkan demi kepentingan rakyat. Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku

Hee Loy Sian
EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar

Sempena ulang tahun keputeraan, semoga Tuanku di dalam rahmat dan perlindungan Allah serta pemerintahan Tuanku terus subur sebagai penaung kepada seluruh rakyat. Semoga seluruh naungan Tuanku mendapat limpahan manfaat atas kebijaksanaan Tuanku. Daulat Tuanku

Mohd Khairuddin Othman
EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan

Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-77. Semoga Allah Taala lanjutkan usia Tuanku serta memberkati pemerintahan Tuanku

Borhan Aman Shah
EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan

Daulat Tuanku. Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang ke-77. Patik dan rakyat jelata berdoa moga Tuanku diberikan perlindungan dari Allah SWT Dirgahayu Tuanku

Mohd Zawawi Ahmad Mughni
EXCO Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal


Pengarang :