Gelagat orang ramai yang menyertai larian Fun Run sejauh lima kilometer sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, Shah Alam pada 16 Oktober 2022. Foto ZAREEF MUZAMMIL/SELANGORKINI
PBT SELANGOR

Hari Rendah Karbon Bandar Rimbayu saji pelbagai aktiviti menarik

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 26 DIS: Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sempena Hari Rendah [email protected] Rimbayu Kuala Langat pada 7 Januari depan.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan program bermula dari jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari di Jalan Flora 2, Bandar Rimbayu.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya eco paint, eco free market, peragaan fesyen eko (eco fashion show), bola sepak jalanan, larian mesra eko 5KM dan basikal tolak (push bike) bagi kanak-kanak.

“Selain itu turut disediakan adalah aktiviti bermesra dengan burung (petting bird) selain trak makanan untuk kemudahan pengunjung,” katanya di Facebook.

Untuk maklumat lanjut hubungi Jabatan Perancangan Pembangunan di talian 012 300 4180 atau Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat (012 300 4891).


Pengarang :