M Kamalesswaree Fiona, 35 melihat risalah Skim Hijrah Selangor ketika sidang media berkenaan pembiayaan khas kepada peniaga India sempena perayaan Deepavali di Bilik Mesyuarat Semarak Api Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hijrah tawar pembiayaan kepada usahawan sehingga RM50,000

SHAH ALAM, 12 DIS: Usahawan kecil dan sederhana yang berhasrat mendapatkan modal pusingan disaran memohon pembiayaan Skim i-Bisnes sehingga RM50,000.

Menurut Facebook Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah), skim berkenaan boleh dimohon menerusi http://mikrokredit.selangor.gov.my atau hubungi pegawai pembiayaan di 19 cawangan Hijrah.

“Hijrah Selangor melalui Pembiayaan Skim i-Bisnes menawarkan modal perniagaan sehingga RM50,000 bagi membantu para usahawan kecil dan sederhana untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan dengan syarat kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah, cepat dan tidak membebankan,” tulisnya.

Berikut antara syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk atau pemastautin Selangor
  • Mengundi di Selangor
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai lesen atau permit niaga sah

Tambahnya, seramai 55,834 usahawan menerima manfaat menerusi skim pembiayaan pinjaman yang ditawarkan sejak penubuhannya pada 2015.

Antara tawaran lain Hijrah ialah skim i-Agro, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, dan i-Bermusim.


Pengarang :