Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal di Selangor, KL dan Putrajaya hingga 4 petang

SHAH ALAM, 18 DIS: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putarajaya sehingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama turut berlaku di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Katanya di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :