Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Hujan lebat diramal landa tiga daerah Selangor, seluruh KL hingga 9 malam

SHAH ALAM, 21 DIS: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat termasuk seluruh Kuala Lumpur setakat 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama turut berlaku di beberapa tempat di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Katanya di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :