Ilustrasi tekanan mental yang dialami seorang lelaki. Foto ARKIB SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Individu murung disaran hubungi talian Sehat, elak ambil bahan terlarang

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 14 DIS: Individu yang mengalami tekanan perasaan disaran berkongsi masalah dengan kaunselor bertauliah menerusi talian Selangor Mental Sihat (Sehat).

EXCO kesihatan awam berkata ia bagi mencegah mereka dari menyalahgunakan bahan terlarang seperti dadah, alkohol dan bahan hidu sebagai jalan penyelesaian yang memudaratkan.

“Dengan menggunakan bahan secara salah bagi tujuan mengubahsuai atau mengawal minda dan emosi yang boleh membahayakan diri dan orang lain.

“Kawal emosi anda dengan kongsi perasaan anda kepada kaunselor bertauliah,” tulis Dr Siti Mariah Mahmud di Facebook.

Kaunselor Sehat boleh dihubungi menerusi talian 1700-82-7536 atau 1700-82-7537, aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) atau layari www.drsitimariah.com/sehat

Sejak diwujudkan Jun lalu, lebih 300 individu menghubungi Talian Sehat untuk berkongsi masalah dan meminta pandangan kaunselor bertauliah sepanjang tahun ini.


Pengarang :