Program Kolokium Prospek Kerjaya dalam bidang perundangan dan kehakiman syariah anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) di Hotel Teneri, Bangi pada 3 Disember 2022. Foto Facebook JAKESS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jakess: Program dedah pelajar kefahaman, peluang kerjaya perundangan syariah

SHAH ALAM, 15 DIS: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) meraikan 150 pelajar perundangan syariah menerusi program Kolokium Prospek Kerjaya bagi membantu mereka mendapatkan pendedahan yang jelas berhubung bidang berkenaan.

Jakess menerusi Facebook memaklumkan pelajar terlibat dalam program berlangsung di Hotel Tenera, Bangi pada 3 Disember lalu adalah daripada empat universiti terpilih iaitu Universiti Islam Selangor, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

“Program ini merupakan medium penting dalam mewujudkan ruang interaksi bagi pendedahan ilmu, memberi informasi dan kefahaman yang tepat kepada graduan perundangan syariah khususnya di Selangor.

“Peserta ini disajikan dengan sesi kolokium yang membincangkan perihal prospek kerjaya dalam bidang perundangan syariah bermatlamat memberi perkongsian perpektif pemain industri kepada pelajar tahun akhir pengajian yang bakal melangkah ke alam pekerjaan,” katanya.

Program dianjurkan Jakess itu mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor dan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM).

Program sehari itu dirasmikan EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni.


Pengarang :