Suasana sekitar ketika Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada 6 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jawab soalan mudah, peluang raih 10 baucar RM100 sempena pesta buku negeri

SHAH ALAM, 8 DIS: Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik menawarkan baucar buku bernilai RM100 kepada 10 individu terpilih sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022.

Najwan Halimi berkata mereka yang berminat perlu menjawab soalan mudah di Twitter miliknya @NajwanHalimi bermula jam 3 petang ini.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi berucap sempena Majlis Perasmian Nama Baharu Blok dan Bangunan Utama Universiti Selangor (Unisel) Kampus Shah Alam pada 14 September 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Ikuti Twitter saya untuk jawab satu soalan mudah. Pemenang dikira berdasarkan jawapan tepat yang paling pantas.

“Kuiz ini akan dijalankan sebanyak 10 siri bermula hari ini, jam 3 petang,” tulisnya di Twitter hari ini.

Menurut beliau, semua pemenang dikehendaki hadir ke Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam pada 10 Disember antara 10 pagi hingga 12 tengah hari untuk menuntut baucar berkenaan.

SIBF yang berlangsung 1 hingga 11 Disember merupakan hasil kesinambungan Pesta Buku Selangor sejak 2006 yang menampilkan pempamer luar negara seperti China, Singapura (membawa buku dari United Kingdom dan Amerika Syarikat) serta Indonesia.

Manakala tujuh felo didatangkan khas dari United Kingdom, Macedonia, Korea Selatan, Mesir dan Indonesia bagi program Kandungan Kanak-Kanak Antarabangsa Selangor.

Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam menerima sambutan menggalakkan termasuk pada hari bekerja ketika tinjauan pada 6 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :