AGENSISELANGOR

Jelajah budaya di Sabak Bernam 30 Dis sedia pelbagai acara menarik

SHAH ALAM, 21 DIS: Orang ramai dijemput hadir ke program Jelajah Seni dan Budaya Sabak Bernam 2022 pada 30 Disember di Dataran Bagan Terap, Sabak Bernam.

Majlis Daerah Sabak Bernam menerusi Facebook memaklumkan pelbagai aktiviti menarik diadakan bermula 8.30 pagi sehingga 11 malam antaranya pertandingan Ratu Songket / Batik Sabak Bernam dan pertandingan akhir Bintang Jelajah Seni Budaya.

Tidak ketinggalan penonton turut dihiburkan dengan persembahan artis 80an iaitu Zur Eda yang popular menerusi lagu Kelmarin selain peserta Kilauan Emas Wak Mustar.

Orang ramai yang rindukan kelunakan suara Seniman Agung P Ramlee juga bakal dihiburkan dengan nyanyian daripada peserta rancangan Bintang P Ramlee, Suhaimi.

Selain itu, turut diadakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik termasuk acara lain seperti kuiz seni budaya, demonstrasi mewarna batik, demonstrasi seni dan kraftangan, pameran dan jualan produk seni serta bazar kraftangan.

Individu yang berminat menyertai pertandingan Raja dan Ratu Songket / Batik boleh menghubungi Bunga menerusi talian 018-912 4561.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program pula, orang ramai boleh mendapatkan melalui Faizal (017-618 0589).


Pengarang :