Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Amirudin Shari melawat ke reruai pameran ketika Jelajah Selangor Penyayang di Stadium Sultan Suleiman, Klang pada 20 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jelajah kebajikan di Hulu Selangor mula esok, banyak aktiviti menarik

SHAH ALAM, 2 DIS: Jelajah Selangor Penyayang fasa dua bagi memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik untuk rakyat diteruskan ke Hulu Selangor pada esok dan Ahad.

Program bantuan rakyat yang sebelum ini ditunda bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan di Persiaran As-Salam Bukit Sentosa bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

Antara program menarik disediakan untuk pengunjung termasuk saringan kesihatan secara percuma, Jelajah Ehsan Rakyat serta persembahan artis terkenal Siti Nordiana dan Black Hanifah.

Bertemakan Membudaya Kesihatan Berkualiti, program selama dua hari itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada pagi Ahad.

Kali terakhir program itu diadakan sebelum PRU15 ialah di Sepang pada 29 dan 30 Oktober lalu.


Pengarang :