Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas merasmikan program Jelajah Selangor Penyayang di Persiaran As Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Jelajah promosi tawaran Belanjawan 2023 di semua DUN mulai Januari

HULU SELANGOR, 4 DIS: Kerajaan Negeri menganjurkan jelajah bagi mempromosi skim yang terkandung dalam Belanjawan Selangor 2023 mulai Januari hingga Jun tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata jelajah ke seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) bersaiz saiz lebih kecil berbanding Jelajah Selangor Penyanyang (JSP).

“Jelajah ini melibatkan semua 56 DUN. Kita akan putuskan sama ada dibuat mengikut Parlimen atau peringkat DUN,” katanya pada sidang media selepas merasmikan JSP Hulu Selangor di sini hari ini.

“Kita akan promosikan tawaran belanjawan tahun depan antaranya berkaitan manfaat diterima golongan wanita dan beberapa insentif baharu.”

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemani isteri Datin Seri Masdiana Muhamad melawat reruai pada program Jelajah Selangor Penyayang di Persiaran As Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sejak Jun, Kerajaan Negeri menganjurkan JSP secara bersiri bermula di Taman Kosas, Hulu Langat diikuti Pantai Morib Kuala Langat dan Stadium Utama Kuala Selangor.

Program turut berlangsung di Dataran Boulevard Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Padang Awam Batu Caves, Stadium Sungai Besar serta Kota Warisan Sepang.

Pada 25 November, Amirudin ketika membentang Belanjawan 2023 memaklumkan Kerajaan Selangor memperuntuk RM2.45 bilion sebagai persediaan mendepani kelembapan ekonomi tahun depan.

Beliau berkata sebanyak RM1.25 bilion atau 51 peratus diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion lagi untuk pembangunan.


Pengarang :