Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada program Jelajah Selangor Penyayang di Persiaran As Salam Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 4 Disember 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jemaah kabinet hasil perbincangan antara parti, jamin kestabilan negara

HULU SELANGOR, 4 DIS: Barisan kabinet yang diumum perdana menteri terdiri daripada pemimpin yang diyakini mampu menjamin kestabilan negara.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor berkata pemilihan pimpinan berdasarkan perbincangan panjang antara parti komponen dalam kerajaan perpaduan.

“Walaupun ada pelbagai pandangan tertentu tentang pelantikan ini namun percaya ini adalah rumusan terbaik setelah perbincangan hasil dari semangat perpaduan.

“Barisan kali ini berdepan cabaran besar khususnya menterjemah kepercayaan rakyat seterusnya berdepan rintangan ekonomi dan cabaran ekonomi tahun depan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari selepas merasmikan program Jelajah Selangor Penyayang Hulu Selangor hari ini.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai menteri yang akan bersamanya mengemudi pentadbiran Putrajaya.

Presiden Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kemajuan desa dan wilayah sementara timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan menerajui kementerian pertahanan.

Turut dilantik Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu sebagai menteri pertanian dan keterjaminan makanan, Setiusaha Agong DAP Anthony Loke Siew Fook (pengangkutan) dan Timbalan Presiden HARAPAN Rafizi Ramli (ekonomi).

Pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat yang juga menteri komunikasi Fahmi Fadzil menjelaskan senarai calon menteri kerajaan perpaduan ditentukan parti atau gabungan masing-masing.


Pengarang :