Orang ramai membeli barang keperluan asas yang menawarkan harga murah berbanding pasaran menerusi Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di laman Bougainvilla, Gombak pada 25 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADN EXCO SELANGOR

Jualan mega akhir tahun Jelajah Ehsan Rakyat di Dataran Batu Laut esok

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 30 DIS: Jualan mega akhir tahun Jelajah Ehsan Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Sepat akan diadakan di Dataran Batu Laut, Kampung Batu Laut, Sepang esok.

Menerusi kenyataan di Facebook, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjong Sepat memaklumkan program akan bermula jam 9.30 pagi sehingga 1.30 tengah hari.

Produk dijual meliputi ayam seekor (RM10), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging satu pek (RM10), minyak masak botol 5kg (RM25), ikan satu pek (RM6) dan beras 5kg (RM10).

“Sila sediakan wang kecil dan secukupnya untuk memudahkan dan melancarkan pembelian. Siapa cepat dia dapat,” menurut pusat khidmat tersebut.

Program lain yang turut diadakan termasuk pendaftaran Skim Insurans Am Selangor (Insan) dan Skim Air Darul Ehsan untuk penduduk yang layak menerima manfaat itu.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar berkata program jualan murah menerima subsidi Kerajaan Negeri berjumlah RM6.16 juta dengan dua juta rakyat menerima manfaat sejak dilaksanakan September lalu.

Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan inisiatif kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) turut mencatatkan nilai jualan RM19.65 juta.

 


Pengarang :