Orang ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan asas pada harga murah sempena program Jelajah Ehsan Rakyat di Taman Cheras Prima, Balakong pada 7 Oktober 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah barangan asas di sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 2 DIS: Jualan murah barangan asas anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi esok, mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jelajah Ehsan Rakyat (JER) diadakan di balai raya Kampung Sungai Apong, DUN Sungai Air Tawar dan pekarangan Flat Bukit Mutiara, DUN Kajang.

Lokasi lain ialah tapak pasar malam Bukit Kuchai (DUN Kinrara), Goodyear Court 1 (DUN Subang Jaya), padang bola sepak Taman Ehsan (DUN Bukit Lanjan) dan Taman Desa Indah Meru (DUN Meru).

Tiga lagi lokasi ialah perkarangan Masjid Al Ubudiah, Telok Gong (DUN Pelabuhan Klang), Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Pandamaran (DUN Pandamaran) dan Kampung Sijangkang (DUN Sijangkang).

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menguruskan JER menawarkan barangan seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual pada harga murah ialah ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari laman sosial PKPS atau pautan https://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Program melibatkan 56 DUN itu bermula 6 September lepas dan sepatutnya berakhir 6 Disember ini, namun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan inisiatif itu disambung hingga Mac tahun depan susulan sambutan menggalakkan.


Pengarang :