Penduduk Sabri Sulaiman, 21, (depan) bersama rakannya Mohd Hirwan Rajiuon, 41, menunggang motosikal telah diubah suai yang mampu meredah banjir ketika ditemui Bernama di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan pada 15 Disember 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Jumlah mangsa bah di tujuh negeri menurun kepada 50,861

SHAH ALAM, 23 DIS: Jumlah mangsa bah di tujuh negeri menurun kepada 50,861 orang setakat 6 pagi tadi, berbanding 66,197 orang semalam, lapor Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurut agensi tersebut, Terengganu kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 25,895 orang diikuti Kelantan (24,690), Sarawak (104), Selangor (57), Johor dan Perak (46) serta Pahang (23).

Beberapa negeri mengalami banjir teruk sejak Sabtu berikutan hujan lebat selama beberapa hari, namun air dilaporkan semakin surut dan membolehkan ramai penduduk pulang ke kediaman masing-masing.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera sebanyak RM100 juta kepada Kelantan dan Terengganu yang dilanda bah besar.

Sebelum itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut mengumumkan bantuan RM1 juta kepada kedua-dua negeri berkenaan bagi membantu mangsa yang terjejas.


Pengarang :